Menarik

Saturday, February 27, 2010

Agro Vermikompos! (Baja Organik Cacing)



Baja organik telah lama dikenali namun pengunaannya belum menjadi "favorite" para pengusaha. Kebanyakan petani atau pengusaha lebih suka menggunakan baja kimia berbanding baja organik. Padahal kesannya dalam masa jangka panjang kepada kesihatan manusia sangat membimbangkan. Pada pendapat saya situasi sebigini, kita tidak seharusnya menunding jari kepada satu pihak ke pihak yang lain. Kerana setiap inidividu perlu tahu situasi ini akan menjadi sebaliknya jika ilmu itu diperolehi. Oleh demikian dalam ruangan dan kesempatan ini saya inigin berkongsi pengetahuan tentang kelebihan & manfaat "Baja Organik Vermikompos" di dalam pengunaan aktiviti pertanian.

Vermikompos adalah baja organik yang terhasil daripada pemelirahaan cacing tanah. Vermikompos terdiri daripada vermikasting@kasting dan campuran bahan yang telah reput. Kasting yang sebenarnya adalah najis cacing atau bahan buangan cacing yang asli dan berbentuk butiran kecil. Vermikompos yang matang ataupun boleh dituai terdiri daripada 85% kasting dan 15% sisa organik yang telah reput. Kelebihan vermikompos ternyata terserlah berbanding baja yang lain.

Vermikompos atau baja organik cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran mahupun serangga. Vermikompos sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. Malahan merupakan baja organik yang mesra alam.

Kelebihan Vermikompos:

1. 3 kali lebih kuat dari baja kimia. (ertinya 1 kg vermikompos bersamaan 3 kg baja kimia)
2. Mampu meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur.
3. Memperbaiki struktur tanah. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai
tinja haiwan.
4. Mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob
berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi,
penggalak pertumbuhan/buah dll.
5. Produktiviti meningkat dari 70% - 300%.
6. Tidak membakar pokok.
7. Mengekang penyakit dari pertumbuhan kulat seperti phythium, fusarium dll.


Keuntungan Penggunaan Vermikompos:

1. Kurang pembajakan antara musim
2. Kurang masalah perosak
3. Pertambahan pengeluaran hasil
4. Mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
5. Penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah
sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat
menyerap nutrien dengan lebih efisien.

Vermikompos boleh digunakan untuk pelbagai tanaman tak kira penanaman secara kecil-kecilan mahupun ladang yang luas. Pengunaan vermikompos adalah jimat dan bermanfaat kepada tanah dan meningkatkan produktiviti pengeluaran.

Kami ada menjual Vermikompos hubungi kami untuk tempahan.



Slide 4
v

Monday, February 22, 2010

Kursus Penternakan Cacing

Latihan Praktikal Membuat Medium (Makanan Cacing)



Penerangan: Kepentingan Menyediakan Medium



Para Peserta Sedang Menjawab Soalan "Test"



TERBARU!!


Kepada Usahawan Pertanian yang berminat dalam penternakan cacing tanah kini kami mengadakan kursus dengan yuran yang murah hanya RM99.00 sahaja.

Kursus ini dikendalikan oleh THE BOS AGRO TECH yang lengkap dengan fasiliti bangunan latihan, pusat penternakan & unit penyelidikan dalam penghasilan baja organik vermikompos serta berpengalaman dalam pengendalian latihan Agro yang berpusat di Kg. Ramayah, Penampang Sabah.

Isi Kandungan Kursus:
1. Pengenalan kepada Teknologi Penternakan Cacing.
2. Pengenalan kepada vermikompos dan bagaimana ia di hasilkan.
2. Biologi asas cacing dan jenis-jenis cacing yang boleh diternak untuk penghasilan vermikompos.
3. Pengunaan vermikompos, kepentingannya dan kualitinya (3 kali lebih kuat dari baja kimia).
4. Cara-cara penternakan cacing dalam menghasilkan vermikompos untuk kegunaan pertanian.
5. Pengurusan Penternakan Cacing.

MAKLUMAT KURSUS ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Tarikh : 27 feb 2010 & setiap hujung minggu
Masa : 8 pagi - 5 petang
Tempat : Pusat Latihan, Penyelidikan Dan Penternakan Cacing THE BOS AGRO TECH
Kg.Ramayah Penampang

*Para pengusaha Ladang Kelapa sawit, Gaharu, Cili, Getah dan sebagainya dialu-alukan mengikuti kursus ini kerana anda akan berpeluang mengetahui prodak organik pertanian yang berguna untuk ladang anda.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi :



Joe - 0168250700