Menarik

Saturday, October 10, 2009

Pameran di Tuaran

Sempena hari terbuka ini sebenarnya Jabatan Pertanian Tuaran Memperkenalkan varieti padi baru hasil penyelidikan mereka, yang rintang kepada penyakit. Padi ini dinamakan Padi Seri Aman (TR8).
Semasa pemeran ini kami ada menjual benih ikan keli dan lintah.
Ini adalah antara prodak yang kami jual iaitu terdiri daripada Vermikompos, EM, EMAS, Molasess, Vermetea, racun serangga organik dan booster cacing.
Gerai pameran kami juga di kunjungi oleh pelajar yang comel-comel ni. Mereka cuma nak tengok lintah dan cacing. Seronok juga melihat telatah budak-budak ni ada yang menjerit ketakutan ada yang berani memegang lintah.. err!

Budak-budak tadika ni sangat terujah bila nampak cacing tanah, tak takut pula tu.
Nampaknya minyak lintah sangat laris.. apa tidaknya kalau ''amoi'' yang jual Pak cik mesti beli punya!
Ketibaan Ketua Menteri Sabah YAB Musa Hj. Aman ke Gerai Pameran TPS yang dikendalikan oleh pelajar yang mengikuti skim ini (TPS).


By sally

Wednesday, October 7, 2009

Hari Terbuka - Pameran Pertanian Tuaran

Telah berangsung pada 08-10 Oktober 2009, bertempat di Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran Sabah. Dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah YAB Musa Hj. Aman.


Gambar-gambar akan menyusul terutama gerai pameran Train and Place Scheme (TPS) dibawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia(MOHR) seliaan Seven Layers Consultancy SB, The Bos Agrotech dan BBMC.

-edwin u