Menarik

Sunday, September 27, 2009

Kursus 3+1 Cacing, Lintah, Keli

Baru ini telah berlangsung satu program yang dipanggil "Train and Place" Scheme anjuran Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Ia meliputi penternakan cacing, lintah dan ikan keli, yang dikawal selia oleh dua usahawan di negeri sabah iaitu The Bos Agro Tech dan BBMC.

Projek ini sebenarnya adalah anjuran Syarikat Seven Layers Training and Consultancy yang berpusat di semenanjung.

Kursus teori dan praktikal ini berlangsung selama 3 bulan (sehingga Disember 2009) dan pengambilan pelajar terbahagi kepada tiga kategori iaitu belia menganggur, pekerja diberhentikan pekerjaan (retrenchment) dan graduan menganggur.

Pusat latihan dibahagikan kepada 2 tempat iaitu kg.ramayah penampang dan menggatal.