Menarik

Saturday, August 1, 2009

Pemasaran Cendawan Tiram Kelabu

Nampaknya pemasaran cendawan akan terhenti apabila proses pembelian bongkah baru terhenti. Ia adalah proses yang harus dilakukan berterusan, jika ingin mempunyai stok cendawan setiap masa.

Alternatif: Pembekal Cendawan Sabah

Memandangkan banyak pelanggan setia yanag bertanyakan cendawan tiram kelabu, maka pihak kamai sentiasa mencari dan berkerjasama dengan pembekal atau pengusaha cendawan dari seluruh Sabah untuk memenuhi permintaan.

Hasil perundingan yang kami jalankan, mereka meletakkan harga yang berbeza-ini adalah perkara biasa dalam jual beli.

Setakat ini kami telah membeli cendawan dari Ranau, Lt Mushroom Farm(Kolopis), Tambunan(pending) dan Futurehope(Kuala Penyu).

Memandangkan sifat cendawan yang tidak tahan lama maka pembelian cendawan perlu dihadkan. Kami hanya bersetuju membeli jika ada oder/pesanan dari pelanggan. Selain itu penjualan di tamu juga terhad memandangkan adanya persaingan yang banyak dari penjual yang lain.

Bungkusan Cendawan yang baru tiba dari Ranau menggunakan perkhidmatan teksi.
Cendawan Tiram Kelabu