Menarik

Wednesday, July 29, 2009

LT Mushroom Farm

Pada kali ini saya ingin memperkenalkan satu syarikat bumiputera yang mengusahakan penghasilan benih cendawan dan juga penanaman.

Dikenali sebagai LT Mushroom Farm, terletak di kampung Kolopis, kira-kira 3KM dari jalan besar Tambunan-Penampang.


Salah satu Rumah Cendawan


Pemiliknya adalah Frederica hasil usahasama dengan suaminya yang juga seorang kontraktor.

Ternyata kursus dan lawatan mereka ke beberapa lokasi penanaman cendawan seperti di Semenanjung dan Sarawak membuahkan hasil berpandukan kilang mereka di Kg. Kolopis yang sedang berkembang maju.

Disamping menghasilkan tanaman cendawan Tiram Kelabu sebagai produk utama, Frederica juga mengusahakan Shitake dan Telinga kera sebagai percubaan.