Menarik

Wednesday, December 9, 2009

Promosi "Produk Organik Pertanian"


BOS EMAS

Kelebihan BOS EMAS (Effectiv Microbe)

BOS EMAS atau effectiv microbe (EM) yang dihasilkan secara organik. EM adalah kultur campuran dari mikroorganisama yang berfaedah dan boleh membantu dalam pelbagai aspek kegunaan.

Kegunaan BOS EMAS (Effectiv Microbe)

1. Meningkatkan hasil tuaian.
2. Menguatkan daya ketahanan tanaman dari serangan penyakit dan serangga.
3. Menambah bilangan mikroorganisma yang berfaedah dalam tanaman.
4. Mempercepatkan proses pereputan dalam proses pengkomposan.
5. Menghilangkan bau busuk (boleh diaplikasikan dalam sistem penternakan pelbagai jenis
haiwan ternakan cth. Reban ayam.
6. Digunakan dalam ternakan lembu, kambing dan ternakan ungas sebagai suppliment. Ia sangat
membantu dalam tumbuhbesaran dan kesihatan ternakan.
7. Mempercepatkan pertumbuhan dan daya tahan penyakit dan serangan serangga pelbagai
jenis sayur-sayuran.
8. Meningkakan sistem pertahanan serta meningkatkan pertumbuhan saiz ikan dan pelbagai
ternakan kolam air tawar.

Untuk tempahan produk ini sila hubungi Ms.Sally 0138717817
( Kami boleh membekalkan dalam jumlah yang banyak)

VERMIKOMPOS (Cacing Tanah)

Vermikompos adalah baja kompos yang terbentuk hasil daripada pemeliharaan cacing tanah yang mempunyai campuran kasting (hasil kumuh cacing) serta makanan yang telah mengalami proses pereputan.
Kelebihan Vermikompos

1. Mampu menyuburkan tanah.
2. Mengandungi nutrien lengkap yang di perlukan oleh tumbuhan/tanaman makanan.
3. Megikat nutrien dalam tanah yang tidak boleh di ambil terus oleh tumbuhan.
4. Memulihkan struktur tanah yang keras akibat pengunaan baja dan racun kimia.
5. Bersifat mesra alam, semulajadi dan tidak memudaratkan tanah dan manusia.
6. Menambah daya tahan tanaman dan mengurangkan serangan penyakit dan banyak lagi
kelebihan lain.

Kegunaan VERMIKOMPOS

1. Baja organik tanaman sayuran dan tanaman makanan.
2. Baja organik tanaman industri seperti Kelapa Sawit, Koko dan Getah.
3. Baja organik pelbagai jenis pokok buah-buahan.
3. Baja organik pelbagai jenis pokok bunga.

by, Sally

Saturday, October 10, 2009

Pameran di Tuaran

Sempena hari terbuka ini sebenarnya Jabatan Pertanian Tuaran Memperkenalkan varieti padi baru hasil penyelidikan mereka, yang rintang kepada penyakit. Padi ini dinamakan Padi Seri Aman (TR8).
Semasa pemeran ini kami ada menjual benih ikan keli dan lintah.
Ini adalah antara prodak yang kami jual iaitu terdiri daripada Vermikompos, EM, EMAS, Molasess, Vermetea, racun serangga organik dan booster cacing.
Gerai pameran kami juga di kunjungi oleh pelajar yang comel-comel ni. Mereka cuma nak tengok lintah dan cacing. Seronok juga melihat telatah budak-budak ni ada yang menjerit ketakutan ada yang berani memegang lintah.. err!

Budak-budak tadika ni sangat terujah bila nampak cacing tanah, tak takut pula tu.
Nampaknya minyak lintah sangat laris.. apa tidaknya kalau ''amoi'' yang jual Pak cik mesti beli punya!
Ketibaan Ketua Menteri Sabah YAB Musa Hj. Aman ke Gerai Pameran TPS yang dikendalikan oleh pelajar yang mengikuti skim ini (TPS).


By sally

Wednesday, October 7, 2009

Hari Terbuka - Pameran Pertanian Tuaran

Telah berangsung pada 08-10 Oktober 2009, bertempat di Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran Sabah. Dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah YAB Musa Hj. Aman.


Gambar-gambar akan menyusul terutama gerai pameran Train and Place Scheme (TPS) dibawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia(MOHR) seliaan Seven Layers Consultancy SB, The Bos Agrotech dan BBMC.

-edwin u

Sunday, September 27, 2009

Kursus 3+1 Cacing, Lintah, Keli

Baru ini telah berlangsung satu program yang dipanggil "Train and Place" Scheme anjuran Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Ia meliputi penternakan cacing, lintah dan ikan keli, yang dikawal selia oleh dua usahawan di negeri sabah iaitu The Bos Agro Tech dan BBMC.

Projek ini sebenarnya adalah anjuran Syarikat Seven Layers Training and Consultancy yang berpusat di semenanjung.

Kursus teori dan praktikal ini berlangsung selama 3 bulan (sehingga Disember 2009) dan pengambilan pelajar terbahagi kepada tiga kategori iaitu belia menganggur, pekerja diberhentikan pekerjaan (retrenchment) dan graduan menganggur.

Pusat latihan dibahagikan kepada 2 tempat iaitu kg.ramayah penampang dan menggatal.

Saturday, August 1, 2009

Pemasaran Cendawan Tiram Kelabu

Nampaknya pemasaran cendawan akan terhenti apabila proses pembelian bongkah baru terhenti. Ia adalah proses yang harus dilakukan berterusan, jika ingin mempunyai stok cendawan setiap masa.

Alternatif: Pembekal Cendawan Sabah

Memandangkan banyak pelanggan setia yanag bertanyakan cendawan tiram kelabu, maka pihak kamai sentiasa mencari dan berkerjasama dengan pembekal atau pengusaha cendawan dari seluruh Sabah untuk memenuhi permintaan.

Hasil perundingan yang kami jalankan, mereka meletakkan harga yang berbeza-ini adalah perkara biasa dalam jual beli.

Setakat ini kami telah membeli cendawan dari Ranau, Lt Mushroom Farm(Kolopis), Tambunan(pending) dan Futurehope(Kuala Penyu).

Memandangkan sifat cendawan yang tidak tahan lama maka pembelian cendawan perlu dihadkan. Kami hanya bersetuju membeli jika ada oder/pesanan dari pelanggan. Selain itu penjualan di tamu juga terhad memandangkan adanya persaingan yang banyak dari penjual yang lain.

Bungkusan Cendawan yang baru tiba dari Ranau menggunakan perkhidmatan teksi.
Cendawan Tiram Kelabu

Wednesday, July 29, 2009

LT Mushroom Farm

Pada kali ini saya ingin memperkenalkan satu syarikat bumiputera yang mengusahakan penghasilan benih cendawan dan juga penanaman.

Dikenali sebagai LT Mushroom Farm, terletak di kampung Kolopis, kira-kira 3KM dari jalan besar Tambunan-Penampang.


Salah satu Rumah Cendawan


Pemiliknya adalah Frederica hasil usahasama dengan suaminya yang juga seorang kontraktor.

Ternyata kursus dan lawatan mereka ke beberapa lokasi penanaman cendawan seperti di Semenanjung dan Sarawak membuahkan hasil berpandukan kilang mereka di Kg. Kolopis yang sedang berkembang maju.

Disamping menghasilkan tanaman cendawan Tiram Kelabu sebagai produk utama, Frederica juga mengusahakan Shitake dan Telinga kera sebagai percubaan.

Thursday, March 5, 2009

Membeli Cendawan

Salam kepada para jutawan pertanian. Pertanian adalah perniagaan!!

Bagaimana dengan perkembangan cendawan kamu? Diharapkan berkembang maju hendaknya. Di sini kami ingin mewar-warkan bahawa kami ingin membeli cendawan daripada sesiapa saja dengan harga yang berpatutan.

Kami mempunyai pasaran yang cukup luas di Kota kinabalu dan seringkali permintaan melebihi penawaran. Pengeluaran yang kami ada cukup terhad dan tidak dapat memenuhi permintaan. Maka dengan kami menawarkan kepada sesiapa sahaja penanam cendawan untuk menjualkan kepada kami. Kami bersedia membelinya dengan syarat haruslah segar, atau paling lama sehari dipetik.

Jika anda mempunyai masalah cendawan tidak terjual atau tidak tahu pasaran boleh lah menghubungi pihak kami di nombor dibawah.

01. Shriley 013-
02. Bibi 013-


Sekian.

Thursday, February 12, 2009

Temuduga SPA

kepada pemuda dan pemudi yang masih lagi tercari-cari pekerjaan yang sesuai, saya menggalakkan anda untuk mendapatkan buku panduan untuk Lulus Temuduga dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Buku ini ditulis oleh Jamaluddin Bahari, dan telah membantu banyak pihak terutamanya si pencari kerja.

Anda boleh mendapatkan review buku ini melalui banner berikut atau pada sebelah kanan artikel ini.



Semoga berjaya.

Sunday, January 18, 2009

Pemasaran Cendawan


Setakat yang kami telah perhatikan, pasaran cendawan adalah memberansangkan. Permintaan melebihi penawaran. Walau bagaimanapun pemasaran cendawan ini bukanlah mudah.

Hanya satu musuh utamanya adalah masa. Jika anda terlewat untuk memasarkan cendawan yang telah dipek besar kemungkinan ia akan rosak. Ini kerana jangka hayat cendawan yang telah diputik cuma sekitar 2-3 hari sahaja. Selepas itu ia akan menjadi layu dan berwarna kekuningan. Akhirnya cendawan akan buruk dan berbau busuk.

Jika anda menyimpan cendawan yang telah dipek dalam peti sejuk selama beberapa hari, anda mestilah memasarkannya paling lama 2 hari, pada hari yang ketiga ia tidak akan dibeli lagi oleh pelanggan walaaupun anda menurunkan harganya.

Jadi bagaimana membuat ia tahan?

Ada kawan yang mengeringkan cendawan menjadi cendawan kering. Teknik ini boleh dicuba.

Artikel diatas merujuk kepada Cendawan Tiram Kelabu. Tidak termasuk Cendawan Telinga Kera/Tikus

Wednesday, January 14, 2009

Menjana duit dari Internet

Menjana duit dari Internet: Boleh Cuba

*&%script debug...internal