Menarik

Sunday, November 23, 2008

Harga Jualan Cendawan

Kami telah menjual cendawan seberat 200 grams pada harga RM2.80 dan kesemua pembeli mengatakan bahawa ia terlalu murah. Lihat perbandingan harga cendawan di pasaraya tempatan sekitar Kota Kinabalu Sabah. Hasil tinjauan mendapati bahawa pada harga RM3.00 per 200 grams juga adalah masih murah.

Friday, November 21, 2008

Penuaian, Pembungkusan Cendawan

Musim hujan sudah bermula. Kata orang hujan membawa rezeki. walau bagaimanapun ada kawasan-kawasan tertentu yang dilanda banjir.

Saya tidak bercakap pasal banjir. Musim hujan memberi nafas baru kepada cendawan yang ditanam. Nampaknya rancak dan cepat untuk tumbuh ketika musim hujan.

Suhu adalah sekitar 25 darjan celcius berbanding biasa 28 darjah celcius diwaktu pagi.

Pembungkusan Cendawan yang telah dituai


Kepada mereka yang hendak membeli Cendawan Segar (direct from farm) boleh beli melalui kami di talian 0138717817 (shrley), 0135478487 (Bibi) atau boleh datang terus di Lido (Sabah). Harga adalah yang terbaik iaitu RM2.00 untuk 200 grams. Manakala pasaraya menjual antara RM3.00 hingga RM4.00 setiap 180 grams.

Boleh juga mensisi borang pesanan yang ada pada blog ini.

Selamat maju jaya

Friday, November 14, 2008

Simtom penyakit kulat

Kulat mula keluar dengan rancak namun ada beberapa tanda-tanda yang menarik perhatian saya. Perhatikan gambar berikut. Kepada sesiapa yang tahu, apakah sebenarnya penyebab kepada keadaan kulat sebegitu rupa.

Friday, November 7, 2008

'Mesin' Pembungkus Cendawan

Cendawan baru saja memasuki fasa penyiraman pertama setelah dibuka tutupnya. Setelah 3 hari nampaknya cendawan masih lagi malu-malu untuk keluar, ini mungkin kerana kawasan persekitaran yang agak panas. Walau bagaimanapun menurut tolok jangkasuhu yang dipasang menunjukkan suhu tidak lebih dari 30 darjan celcius dan hari kebiasaan adalah sekitar 27 darjah celcius.

Pertumbuhan adalah tidak sekata, ada yang mendahului dan ada yang lambat.

Dengan itu bermula lah kerja seterusnya iaitu pembungkusan. Saya telah melawat beberapa pasaraya dan mendapati mereka menjual antara RM2.50 hingga RM3.00 untuk 108grams.

Atas perbincangan team rimbunan hijau, kami bercadang menjual pada harga Rm3.00 RM2.50 dengan BERAT 200 Grams dan pastinya segar dari tapak penanaman.

Mesin Pembungkus Cendawan

Saya ada melawat tapak penanaman di sekitar kota kinabalu dan Penampang Sabah dan melihat sendiri cara pembungkusan cendawan yang matang.

Saya telah mendapat idea bagai mana untuk memudahkan kerja ini. Hasil skil pertukangan kayu yang ada maka terhasil lah pembungkus cendawan ini.





semoga bermanafaat