Menarik

Thursday, September 18, 2008

Proses Membina Lantai Cendawan

Untuk membina lantai rumah cendawan ini ada pelbagai cara yang boleh dilaksanakan. Seperti dalam gambar berikut proses meratakan menggunakan bongkah simen, boleh juga menggunakan apa yang dipanggil hollow block. Oleh kerana kawasan saya dinaiki banjir maka saya perlu ada foundation yang agak tinggi.



Kerja-kerja merata sebelum lapisan terakhir iaitu simen. Selapas diratakan perlu juga di compact supaya simen tahan pecah. Memandangkan harga simen yang tinggi sekarang (RM18.50) memadailah lantai simen setebal 1 inci, tak perlu pasang dawai lantai.


Simen lapisan terakhir. Lantai simen bukanlah satu kemestian, namun adalah lebihbaik jika lantai bersimen untuk memudahkan kerja pembersihan rumah cendawan, mudah memusnahkan parasit disamping nampak cantik. Saya ada melawat bebrapa tapak di bahagian Kota Belud dan rumah cendawan mereka berlantaikan tanah dan beratapkan daun rumbia.

Atap rumbia juga menimbulkan masalah kerana apabila ia terlalu reput, daun atau serpihannya berjatuhan dan juga menjadi sarang serangga.



Untuk menjimatkan kos kenalah buat secara bersendirian atau meminta bantuan sanak saudara.

Saturday, September 13, 2008

Kursus Menternak lintah

Kepada pembaca semua.

Satu kursus penternakan lintah akan di kota kinabalu sabah seperti butiran berikut:

Tempat: Pusat Perdagangan Sabah, Teluk Likas, Kota kinabalu.
Tarikh: 21 September 2008
Masa 8-30-4.30 ptg.
Teori dan praktikal
Yuran Rm350 (makan minum,nota,sijil)
Kontrak farming.
Terbuka kepada Bumiputera.


Penganjur: Fasitar (M)Sdn Bhd Negeri Sembilan.

Tel: 019-3890873 En.Askari, 0198978365 Pn. Airin.

Iklan ini juga diiklankan di surat khabar utama sabah. Kepada para belia Sabah ini peluang untuk anda menjana pendapatan.