Menarik

Tuesday, August 26, 2008

Bajet 2009 - Bajet Sektor pertanian

Bajet 2009 akan dibentangkan tidak lama lagi. Sebagai rakyat Malaysia yang menyahut cabaran kerajaan untuk mengerjakan pertanian, saya amat tertungu-tungu berita baik daripada bajet 2009 ini.

Diharapkan Bajet kali ini lebih prihatin kepada golongan Petani, Nelayan dan Penternak disamping mewujudkan dana khas untuk pemangkin kepada kemakmuran sektor ini.

Ini akan menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk menceburi bidang yang kurang mendapat sambutan ini. Diharap juga dapat menarik golongan muda dan para graduan menganggur untuk turut sama menceburi bidang ini.


Selamat Hari Merdeka ke 51.
"Pertanian adalah perniagaan".





Kod logo merdeka:

Thursday, August 21, 2008

Membeli Perkakas

Agak lembab untuk menyiapkan rumah cendawan ini. Disamping harga kayu yang mahal panas terik matahari juga menghalang untuk menyiapkan dengan cepat.

Memandangkan jadi boss sendiri dan kuli sendiri maka tak perlulah tergesa-gesa sangat.

Berikut aadalah progress pembikiban rumah cendawan.


Tangga adalah perkakasan penting bagi seseorang yang bergelar tukang kayu, benda ni penting untuk pemasangan peralatan bahagian atas.

Kepada teman-teman Cendawan dan rakan rimbunan hijau, silakkan berkongsi cerita kejayaan anda.

Wednesday, August 13, 2008

Olympic Beijing 2008

Untuk bulan ini, ada kurang post sebab dah demam olimpik beijing 2008. Harap-harap Malaysia dapat membawa sekurang-kurangnya 1 pingat. Emas lagi baik, dapat RM1 juta.

Pa-apa pun cendawan tetap dihati. :) :)

p/s: rumah cendawan work in progress