Menarik

Wednesday, July 30, 2008

Mind Set Manusia boleh kah diubah?

Tidak dapat dinafikan dalam dunia ini ada dua jenis manusia. Iaitu malas dan rajin, bodoh dan pandai. Tetapi betulkah begitu?

Saya berpendapat bahawa keadaan tersebut boleh diperbetulkan, seperti kata orang tua-tua meluruskan besi yang bengkok.

Segalanya boleh diubah melalui pemikiran kita. Jika saya katakan malas maaka saya akan malas dan sebaliknya. Jika saya katakan bodoh maka bodoh lah jadinya (macam cerita magic pula). Tetapi percayaalah bahawa tiada manusia yang bodoh dan tiada pula yang malas.

Bak kata pepatah tepuk dada tanya selera.

Untuk menukar malas jadi rajin, bodoh jadi pandai maka kita perlukan 'third party' sebagai pemangkin. Thitd party yang dimaksudkan adalah medium yang boleh mengubah pemikiran dan kehidupan kita.

Kita sering melihat pakar motivasi memberi ceramahnya di kaca TV dan pakar kaunseling memberi nasihat kepada seseorang yang telah hilang semangat untuk hidup.

Jika anda adalah tergolong kepada orang yang bersikap negatif tetapi ingin kan impian kebahagiaan dan kekayaan maka anda perlu menghadiri satu seminar yang bertajuk Evolusi Minda yang dikendalikan oleh penceramah terkenal Arina Abas dengan kerjasama Team Flare Biz.

Tarikh dan masa seperti berikut,

Ahad, 10 Ogos 2008

Hotel Armada, Petaling Jaya

Masa: 8 a.m - 5 p.m


Adakah perkara berikut menjadi penghalang anda?

* Tidak percaya pada diri untuk capai hasrat setelah diejek rakan-rakan.

* Tidak mempunyai motivasi ataupun semangat untuk meneruskan usaha mencapai impian yang ditetapkan.

* Tidak mempunyai fokus untuk mencapai matlamat.

* Sering berasa rendah diri dan meragui kemampuan diri untuk mencapai apa jua impian.

Pastikan anda menghadiri seminar tersebut. Jangan jadikan diri anda sebagai penghalang kejayaan.

Seminar ini bukan kali pertam diadakan dan mendapat sambutan hangat. Sila buat tempahan disini Atau baca buku percuma mengenai tajuk ini disini

Tuesday, July 29, 2008

Beli Beruti

Memandangkan semua barang naik maka budget untuk membeli kelengkapan penanaman cendawan pun agak besar. So kenalah cari kedai yang murah sedikit.

Hari ini pergi membeli papan dan beruti, hanya sempat servey 2 kedai saja.





Kayu-kayu ini dikenali sebagai 'OT' atau non-commercial.

Wednesday, July 23, 2008

Cendawan Semakin Menarik

HAri demi hari saya semakin seronok tentang penanaman cendawan ni, banyak info baru yang memberansangkan saya temui. tidak kurang tips serta aktiviti yang dijalankan oleh peserta penanam cendawan. Yang paling banyak say ajumpa aadalah Cendawan dari jenis Tiram Kelabu.

Jenis cendawan ini cepat membuahkan hasil berbanding jenis cendawan yang lain seperti Shitake. Walau bagaimanapun jenis-jenis cendawan ini ada kelebihan masing-masing.

Kepada penanam cendawan tidak kira apa jenis marilah kita saling bertukar link bagi memudahkan pengunjung mencari maklumat disamping mempromosi website kita. Anda dapat lihat di sebelah kiri adalah senarai penanam cendawan seluruh malaysia yang sempat saya lawati dan telah pun meletakkan link mereka untuk kemudahan para pengunjung.

Sila masukan data seperti berikut di blog kamu.

Tag Anchor: Rimbunan Hijau
URL: http://rimbunan-hijau.blogspot.com

Hubungi saya untuk link balik blog kamu.
sekian.

Saturday, July 19, 2008

Blogger dalam Bahasa Malaysia

Berita baik kepada rakyat Malaysia, sebuah blog platform iaitu blogger.com kini dalam bahasa Malaysia. Blog ini sendiri menggunakan khidmat blogger.com.

Blogger.com dan blogspot adalah sama.
Boleh baca seterusnya di site mereka, jika mahu mengetahui.
Blogger Buzz: Updates and Fixes for July 18th

Don't forget to link love me then.

Good news- dapat tapak

Bagi yang berhijarah ke bandar, sukar juga untuk mencari tapak tanah samada dibeli atau disewa.

Untuk penanaman cendawan ini, susah juga untuk mencari tapak. Maka dengan itu saya mengambil keputusan untuk mencuba dahulu di kawasan rumah jika menjadi barulah berani untuk sewa tanah yang lebih luas dan dapat memasukan bibit cendawan yang lebih banyak.

Saya mengucap banyak terimakasih kepada tuan tanah kerana sudi membenarkan untuk penggunaan tapak yang kecil di belakang rumah. Daripada kawasan tu terbiar maka adalah lebih baik untuk buat pondok bagi penanaman cendawan.

Sudah ada green light, so tugas seterusnya beli perkakas!

Will update soon.

Monday, July 14, 2008

kambing jamnapari: Competition..... Lawak Kambing (Goat's joke)

Pertandingan Lawak Kambing
ni bro ada mengadakan pertandingan lawak kambing. rasanya belum tarikh tutup lagi. selanjutnya lawati blog beliau
kambing jamnapari: Competition..... Lawak Kambing (Goat's joke)

Friday, July 11, 2008

Bibit Cendawan

Bibit cendawan yang disimpan di dalam botol, sebelum dicampurkan dengan habuk kayu.
cendawan, kulat,mushroom,tiram,lingzi

cendawan, kulat,mushroom,tiram,lingzi

Thursday, July 3, 2008

RM200j lahirkan tenaga mahir sektor pertanian

KUALA LUMPUR, Khamis: Kabinet semalam meluluskan peruntukan RM200 juta untuk melaksanakan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (NASTP) dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam sektor pertanian.

Menteri Pertanian, Datuk Effendi Norwawi, berkata program itu bertujuan memperluaskan lagi daya saing dan produktiviti tenaga kerja dalam perniagaan pertanian dan makanan.

Sehubungan itu, katanya, Kolej Latihan Kemahiran Pertanian bernilai RM130 juta akan dibina menerusi NASTP.

Beliau berkata, kolej yang akan dibina berhampiran Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (Mardi) di Bukit Tangga, Changloon, Kedah, menawarkan pengajian peringkat diploma dan diploma lanjutan serta dijangka memulakan operasi pada 2004.

Katanya, pengambilan pertama akan membabitkan 400 pelajar sepenuh masa dan 800 pelajar separuh masa manakala pengambilan penuh 4,800 pelajar akan dibuat pada pada 2006.

“Kolej ini akan menawarkan kursus dan pengajaran latihan amali pertanian dan latihan pembangunan usahawan termasuk latihan pengurusan dan perniagaan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Effendi berkata, penubuhan kolej itu selaras hasrat untuk menjadikan negara ini pengeluar dan pengeksport barang makanan menjelang 2010.

“Negara memerlukan kira-kira 300,000 tenaga mahir sebelum 2010, termasuk 10,000 tenaga penyelia, 10,000 tenaga pengurusan dan eksekutif,” katanya.

Beliau berkata, penubuhan kolej itu tertakluk kepada Akta dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan program pengajarannya menggunakan modul pembangunan pertanian Australia dan Belanda, dua negara yang maju dalam bidang pertanian.

Menurutnya, kolej itu memberi peluang pelajar menyertai pengajian dalam sektor pertanian selepas tingkatan tiga dan lima.

Selain itu, katanya, RM40 juta disediakan untuk menaik taraf 42 institut pertanian di seluruh negara, kurikulum pembangunan (RM20 juta) dan RM10 juta bagi pembangunan teknologi dan komunikasi maklumat di Pusat Latihan Pertanian Kebangsaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sektor perladangan dan pertanian tidak terjejas berikutan kepulangan ramai pendatang tanpa izin menerusi program pengampunan yang berakhir semalam.

Beliau berkata, ini kerana Kabinet memutuskan sektor perladangan diberi kelonggaran menggunakan khidmat pekerja asing.

Berita Harian, 2 Ogos 2002

Tuesday, July 1, 2008

Pendapatan yang lumayan

Sejak dahulu lagi saya telah membaca kejayaan-demi kejayaan yang ditempah oleh para garaduan yang mengusahakan sektor pertanian,pernternakan dan perladangan. Ternyata bidang ini mampu memberi pulangan yang lumayan.

Beberapa siri kejayaan telah disiarkan melalui TV dan juga surat khabar. Jadi mengapa bidang ini dibuang oleh golongan muda? Bukan kah duit juga yang dicari. Bagi yang berkerja di ofis sudah tentunya menerima gaji bulanan yang setimpal dengan kelayakan. Katakan anda seorang pemegang ijazah maka gaji permulaan sekitar RM1200-RM1500 dan diploma RM900-RM1200.

Bidang pertanian jika diusahaakan secara komited dan berterusan mampu mengatasi pendapatan bekerja di ofis atau ringkasnya makan gaji.

Saya telah melawat peserta penanaman kulat atau cendawan beberapa minggu lepas dan melihat sendiri pemungutan, pembungkusan dan penjualan hasil. Cendawan yang masih segar dijual pada harga rm1.30 180 gram(purata berat).

Harga pasaran adalah RM7.50 sekilogram atau lebih tinggi (tidak mungkin turun). So disini membuktikan bahawa penenaman cendawan ini sangat lumayan.

Jika anda mengatakan 'saya takut matahari', 'saya takut hitam' dan seumpamanya, penanaman cendawan ini amatlah sesuai kepada anda kerana anda tidak lagi berjemur dibawah sinaran matahari.

Mari belajar mengira keuntungan:

Harga pasaran RM7.50 x 10 kg (1 hari) x 30 hari

=RM2250 sebulan :)