Menarik

Saturday, June 28, 2008

Lawatan dan pemungutan hasil

Lawatan ke kebun para peserta. Penuaian pertama kira-kira seminggu setelah bibit dihantar. Jika hasil adalah sedikit maka perlu disimpan dahulu untuk ditambah tuaian seterusnya.
cendawan, kulat,mushroom,tiram,lingziPerlu dimasukkan ke freezer, untuk pertumbuhan yang cepat apabila dikeluarkan.
Cendawan yang telah dipacking sedia untuk dijual kepada pengusaha restaurant, hotel dan organisasi lain di sekitar ibu negeri.
cendawan, kulat,mushroom,tiram,lingziPembungkusan oleh pemilik secara manual.

cendawan, kulat,mushroom,tiram,lingziBentuk yang telah siap dibungkus dan sedia dipasarkan.
cendawan, kulat,mushroom,tiram,lingziKaedah untuk buat rekod sendiri.
cendawan, kulat,mushroom,tiram,lingziMenunggu masa untuk dituai.
cendawan, kulat,mushroom,tiram,lingzi
Banyak lagi info di masa akan datang.

Thursday, June 19, 2008

Permulaan yang baik

Hari ini setelah, sekian lama menunggu peluang ini, akhirnya saya dan beberapa orang rakan akan ke Kuala Penyu Sabah, untuk bekerja di kilang pemprosesan Cendawan. Tujuan kami kesana bukan untuk berkerja lebih lama cuma ingin mendalami teknik dan cara penanaman cendawan ini.

Selapas beberapa bulan saya ingin berhenti, dan ingin menubuhkan syarikat sendiri berkaitan Projek Penanaman cendawan di Negeri Sabah.

Setelah melihat satu projek penenaman kulat oleh seorang pengusaha, di Penampang maka saya berpakat bersama kawan untuk datang sendiri ke kilang itu untuk berkerja dan menimba ilmu.

SAya juga amat teruja apabila membaca pengalaman seorang kawan dari Tamparuli yang telah berjaya kini sebagai pengusaha tanaman cendawan. Beliau adalah lepasan SPM dan gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana kekurangan wang perbelanjaan. Dengan modal permulaan RM1000, beliau kini berjaya dalam penanaman kulat disamping melebarkan sayap dengan mengusahakan tanaman sayur dan kolam ikan.

Kisah beliau boleh dibaca disini http://projekcendawan.blogspot.com/2008/04/sabah-projek-cendawan-di-halaman-rumah.html